Saturday, 16 November 2013

Taman Botani dan Icity Shah Alam

Salam dan selamat sejahtera semua,

cik Addah harap korang sihat sejahtera,sebab sejak dua menjak ni,cuaca memang x menentukan.
p/s jadi jagalah diri anda semua ya.

Minggu lepas, cik Addah pergi Taman Botani untuk berbasikal dan piknik.Well,sebenarnya nak bersukan nak kuruskan badan katakan,kita orang bertolak dalam 8.30 pagi dan sampai dekat sana dalam pukul 10 pagi.amat menarik. Cik Addah paling excited nak masuk rumah 4 musim tapi hari itu tutuplah pula..:(

Namun permandangan dekat sana memang cantik..^___^

Selepas sahaja balik dari Taman Botani,kami pergi ke Icity.Well excited memang ada sebab baru pertama kali pergi dan kami masuk House of Horror..orang lain menjerit kami pula, gelak siap patah balik dan snap gambar.nak upload kat sini memang xbolehlah nanti ada yang mimpi buruk pula.

Wednesday, 6 November 2013

Saya sayang Dia.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dalam hidup kita mesti akan ada seseorang yang amat 'special'  kan?

Yes!dalam hidup cik Addah pun ada juga,Dia merupakan insan yang amat penting dalam hidup cik adah selain keluarga cik Addah.. kami satu kelas masa darjah 6 namun hanya tahu kewujudan msing2 tanpa mengambil kisah pun,masuk je tingkatan satu,cik Addah merantau dari kelas A minta tukar kelas B tetapi xdapat terpaksa masuk kelas C masuk je kelas C tukar masuk kelas B pula...  masa itu barulah berkenalan dengan Dia.Kitaorang menjadi semakin rapat apabila kami terpilih menjadi pengawas.

Sepanjang hubungan, cik Addah dan Dia hanya 20 minit sahaja kami bergaduh xbertegur sapa lepas itu dua-dua mengaku bersalah bagai dan terima kasih dekat dia kerana sanggup ajar dan jaga Cik Addah masa cik Addah masih berperangai macam budak tadika,yela boleh dikatakan dengan Dia, cik Addah manja sangat2 sampai order makanan pun nak dia orderkan.^__^.*sekarang sudah matang ..

kita orang memang berbeza,Dia suka ular cik Addah suka rabbit...Dia suka cerita seram cik Addah suka cerita yang lawak dan comel..boleh dikatakan kami lebih banyak perbezaan daripada  persamaan..tetapi dengan perbezaan tu kami boleh pertahankan hubungan persahabatan kami selama 8 tahun.Yes! persahabatan ok bukannya percintaan bagai..Namun,biasalah disebabkan keakraban kami kekadang selalu disalah tafsirkan sebagai hubungan terlarang,hahahaha,dugaan..

Dia yang dimaksudkan adalah Nur Natasha Shafiqa a.k.a Tasha(Misaki),yang sangat suka kenakan cik Addah dan orang yang amat memahami cik Addah ketika cik Addah dalam kesulitan.Jadi cik Addah memang nak semat dalam nukilan ini untuk cakao cik Addah sayangkan Dia.


*Biarlah beribu orang membencimu,teguhkanlah jiwa mu kerana kamu tahu masih ada orang yang berdiri dibelakangmu untuk membantu.


p/s :hargailah sahabat yang sejati sebelum kita kehilangannya






.