Saturday, 29 March 2014

Hello world...
I'm back..:)

Fuhh!!!Minggu-minggu yang amat memenatkan telah pun berlalu pergi..dengan latihan Menifestasi Puisi untuk FESENI,lab report,test2,ceramah dan fire drill , first coaching session dan kutip sumbang di Masjid Jame'..Tapi hari ini adah akan cerita pasal FESENI SAHAJA..

Menifestasi Puisi (Siapa Anjing...)

Yes sebelum ini, adah memang dah pernah handle teknikal untuk puisi di program2..namun ini pertama kali masuk pertandingan..Serius tanggungjawab itu memang bertambah berat,dan memerlukan hampir seluruh komitmen..dan minggu ini boleh dikatakan seluruh masa adah pada minggu itu.. adah gunakan dengan sebaik mungkin..Dan Alhamdullilah dapat tempat ke-4 dan mengekalkan kedudukan pada tahun ini.Even kami xmenang dapat markah kedua tertinggi dari ketua juri sudah membanggakan kami.
FINAL TEASER FOR MENIFESTASI PUISI



Saturday, 16 November 2013

Taman Botani dan Icity Shah Alam

Salam dan selamat sejahtera semua,

cik Addah harap korang sihat sejahtera,sebab sejak dua menjak ni,cuaca memang x menentukan.
p/s jadi jagalah diri anda semua ya.

Minggu lepas, cik Addah pergi Taman Botani untuk berbasikal dan piknik.Well,sebenarnya nak bersukan nak kuruskan badan katakan,kita orang bertolak dalam 8.30 pagi dan sampai dekat sana dalam pukul 10 pagi.amat menarik. Cik Addah paling excited nak masuk rumah 4 musim tapi hari itu tutuplah pula..:(

Namun permandangan dekat sana memang cantik..^___^

Selepas sahaja balik dari Taman Botani,kami pergi ke Icity.Well excited memang ada sebab baru pertama kali pergi dan kami masuk House of Horror..orang lain menjerit kami pula, gelak siap patah balik dan snap gambar.nak upload kat sini memang xbolehlah nanti ada yang mimpi buruk pula.

Wednesday, 6 November 2013

Saya sayang Dia.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dalam hidup kita mesti akan ada seseorang yang amat 'special'  kan?

Yes!dalam hidup cik Addah pun ada juga,Dia merupakan insan yang amat penting dalam hidup cik adah selain keluarga cik Addah.. kami satu kelas masa darjah 6 namun hanya tahu kewujudan msing2 tanpa mengambil kisah pun,masuk je tingkatan satu,cik Addah merantau dari kelas A minta tukar kelas B tetapi xdapat terpaksa masuk kelas C masuk je kelas C tukar masuk kelas B pula...  masa itu barulah berkenalan dengan Dia.Kitaorang menjadi semakin rapat apabila kami terpilih menjadi pengawas.

Sepanjang hubungan, cik Addah dan Dia hanya 20 minit sahaja kami bergaduh xbertegur sapa lepas itu dua-dua mengaku bersalah bagai dan terima kasih dekat dia kerana sanggup ajar dan jaga Cik Addah masa cik Addah masih berperangai macam budak tadika,yela boleh dikatakan dengan Dia, cik Addah manja sangat2 sampai order makanan pun nak dia orderkan.^__^.*sekarang sudah matang ..

kita orang memang berbeza,Dia suka ular cik Addah suka rabbit...Dia suka cerita seram cik Addah suka cerita yang lawak dan comel..boleh dikatakan kami lebih banyak perbezaan daripada  persamaan..tetapi dengan perbezaan tu kami boleh pertahankan hubungan persahabatan kami selama 8 tahun.Yes! persahabatan ok bukannya percintaan bagai..Namun,biasalah disebabkan keakraban kami kekadang selalu disalah tafsirkan sebagai hubungan terlarang,hahahaha,dugaan..

Dia yang dimaksudkan adalah Nur Natasha Shafiqa a.k.a Tasha(Misaki),yang sangat suka kenakan cik Addah dan orang yang amat memahami cik Addah ketika cik Addah dalam kesulitan.Jadi cik Addah memang nak semat dalam nukilan ini untuk cakao cik Addah sayangkan Dia.


*Biarlah beribu orang membencimu,teguhkanlah jiwa mu kerana kamu tahu masih ada orang yang berdiri dibelakangmu untuk membantu.


p/s :hargailah sahabat yang sejati sebelum kita kehilangannya






.

Saturday, 28 September 2013

Penjuru 4 Karma & Hari interaksi bersama junior fizik..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Teater:Penjuru 4 Karma.

seriuosly,teater ini memang 'superd',memang tak menyesal jalan kaki sampai panggung eksperimen malam-malam untuk tengok teater ni.Cik Addah memang berterima kasih sangat dekat mariam dan faiz yang sanggup teman tengok teater ni. memang best sangat dapat pengalaman baru malam itu.




Hari interaksi bersama junior fizik.

Fuh!untuk pertama kalinya "physic department" buat interaction day.Idea ini adalah idea last minute oleh pelajar second year (batch cik Addah). Even idea dan persiapan yang last minute alhamdullilah apa yang dirancangkan menjadi. Pada hari, "interaction day" memang amat menyeronokkan,dari awal hingga akhir memang kami tak kering gusi dibuatnya walaupun terdapat serba sedikit kekurangan ia tak menjadi masalah untuk kami dan paling besh sekali semua yang terlibat memang memberikan komitmen.Tahniah kepada semua MT dan Ajk bagi projek ini!





  
 



Saturday, 21 September 2013

1st year versus 2nd year..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdullilah,sudah 2 minggu saya jadi 2nd year student,memang terlalu berbeza berbanding masa first year dahulu.

Yela,mana tak berbeza nya,first day class dah kena study,Fuhh!!! siap ditanya lagi...
bila ditanya tu jantung memang berdebar macam artis kena buat persembahan gitu..
hahaha..tapi memang agak menyeronokkan sebab pembelajaran jadi 2 way communication.

Owh!ya..paling yang berbezanya lagi antara first year lab n second year ialah  lab..memang berbeza sangat.

kalau first year lab, lab manual sudah dapat awal2 jadi senanglah nak prepare sebelum masuk lab dan lab manual tu memang baru punya version jadi amat senang untuk di fahami.

Second year lab pula,dapat bila nak buat experiment baru manual diberikan dan manual agak lama punya jadi agak sukar untuk memahami.jadi boleh dikatakan first time dalam sejarah sebagai pelajar buat experiment yang tak dapat langsung result dari 10 pagi sampai 5 petang.

Penat memang penat,tapi bila di fikirkan balik memanglah semakin tinggi pelajaran yang kita nak capai makin susah,walau awak tahu
theory macam mana pun belum tentu dapat applykan apa yang dia tahu secara praktikal dan baru tahu macam mana susahnya sainstis dahulu nak mengkaji sesuatu.

Saturday, 31 August 2013

pengajaran terakhir di pizza hut

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Akhirnya,berakhirlah episod mengenai pizza hut dalam diari harian cik Addah..Yeah!xperlu hidup macam zombie dah!

Cewah,cewah..serius memang kehidupan sebagai perkerja memang xsemudah sebagai seorang pelajar. Jadi hari ini cik Addah nak ceritakan pengajaran yang terakhir cik Addah berlajar daripada tempat cik Addah berkerja.

Sebagai seorang ketua kita kenalah

1.menghormati anak buah kita.macam mana kita nak orang hormat kita kalau kita xhormat orang bukan?

2 terus mempelajari benda yang baru.bukannya..owh!ak sudah jadi manager buat apa aku nak kena belajar benda remeh macam itu?

3.mempunyai perasaan belas kasihan. cuba fikir sejenak kalau kamu sebagai ahli kumpulan dan kamu terpaksa buat kerja sorang2 manakala ketua kamu hanya memandang dan buat tidak tahu apakah perasaan kamu?.

4.tidak mengata yang bukan2 mengenai ahli kumpulan kamu kepada orang lain kerana orang lain akan melihat kamu sebagai titik rujukan yang patut disalahkan akhirnya.

5.perlu membiasakan diri dengan persekitaran baru dengan cepat.

dan..yang last sekali yang cik Addah dapat yela,first impression memang memberi makna mendalam,but ia xakan kekal lama.. yang kekal lama adalah attitude kita untuk orang judge.

p/s:sebelum cik Addah berhenti cik Addah dapat best BOH staff..feeling so great..






Saturday, 24 August 2013

adakah saya pengkianat?


saya bukanlah pengkianat agama ,saya bukanlah pengadai bangsa..saya hanya mempelajari,menghormati dan memahami bangsa dan agama yang berlainan daripada agama dan bangsa saya itu sahaja.

Namun apa yang saya dapat daripada kelakuan saya itu hanyalah persoalan, sindiran dan kenyataan yang amat menyakitkan.

"Alah,agama sendiri pun susah nak jaga inikan nak belajar agama lain."
"kalau kau nak belajar susah takut murtad"
"kau masuk kuil,tokong,dan gereja untuk apa?"
"kau berlajar semua itu untuk apa?"
"budaya mereka bertentangan dengan budaya kita buat apa nak berlajar?"
"jangan menangkan bangsa lain sampai bangsa sendiri tergadai"

Jawapan dari saya: 

Apabila saya berlajar dan mengetahui agama lain lagi saya nampak sungguh sempurna nya agama yang saya anuti ini.Malahan daripada itu saya dapat lihat apa perbezaan dan persamaan mereka.saya berlajar semua ini sebab saya ingin memahami ,dengan memahami barulah saya dapat menjaga tata tertib apabila berbicara mengenai agama mereka dan menghormati agama mereka.bertentangan budaya sahaja bukan bertentangan dari segi ajaran agama saya.Saya berlajar kerana negara kita yang majmuk ini.kita ingin orang hormat agama dan budaya kita jadi mengapa kita tidak mulakan dengan menghormati agama mereka terlebih dahulu?


Oleh itu saya amat lantang bersuara apabila orang yang mengeluarkan kenyataan yang agak 'racist'.
jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.'Rambut hitam hati lain-lain".hampir semua budaya dan agama menekankan nilai murni.jadi yang bersalah adalah manusia tersebut bukan agama mahupun bangsa.

"when i do a mistake blame on me not my religion"

kesimpulannya,apabila saya menegakkan dan mencari keadilan untuk orang yang berlainan fahaman daripada saya bukanlah kerana saya pengkianat namun kerana adalah manusia yang cuba memahami dan menghormati.:)