Saturday, 24 August 2013

adakah saya pengkianat?


saya bukanlah pengkianat agama ,saya bukanlah pengadai bangsa..saya hanya mempelajari,menghormati dan memahami bangsa dan agama yang berlainan daripada agama dan bangsa saya itu sahaja.

Namun apa yang saya dapat daripada kelakuan saya itu hanyalah persoalan, sindiran dan kenyataan yang amat menyakitkan.

"Alah,agama sendiri pun susah nak jaga inikan nak belajar agama lain."
"kalau kau nak belajar susah takut murtad"
"kau masuk kuil,tokong,dan gereja untuk apa?"
"kau berlajar semua itu untuk apa?"
"budaya mereka bertentangan dengan budaya kita buat apa nak berlajar?"
"jangan menangkan bangsa lain sampai bangsa sendiri tergadai"

Jawapan dari saya: 

Apabila saya berlajar dan mengetahui agama lain lagi saya nampak sungguh sempurna nya agama yang saya anuti ini.Malahan daripada itu saya dapat lihat apa perbezaan dan persamaan mereka.saya berlajar semua ini sebab saya ingin memahami ,dengan memahami barulah saya dapat menjaga tata tertib apabila berbicara mengenai agama mereka dan menghormati agama mereka.bertentangan budaya sahaja bukan bertentangan dari segi ajaran agama saya.Saya berlajar kerana negara kita yang majmuk ini.kita ingin orang hormat agama dan budaya kita jadi mengapa kita tidak mulakan dengan menghormati agama mereka terlebih dahulu?


Oleh itu saya amat lantang bersuara apabila orang yang mengeluarkan kenyataan yang agak 'racist'.
jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.'Rambut hitam hati lain-lain".hampir semua budaya dan agama menekankan nilai murni.jadi yang bersalah adalah manusia tersebut bukan agama mahupun bangsa.

"when i do a mistake blame on me not my religion"

kesimpulannya,apabila saya menegakkan dan mencari keadilan untuk orang yang berlainan fahaman daripada saya bukanlah kerana saya pengkianat namun kerana adalah manusia yang cuba memahami dan menghormati.:)

 





No comments:

Post a Comment