Thursday, 25 April 2013

PUISI +DRAMA FOR MALAM CAKNA UMAT

ASSALAMMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA SEMUA,

*Fuuuuuuuuhhhhh,berhabuknya blog cik Addah ini. ^___^

Untuk pengetahuan semua,cik Addah minta maaf kerana tidak 'update' blog ini untuk 2 minggu yang lalu.Bukan cik Addah tidak sudi akan tetapi cik Addah mempunyai masalah dengan akaun gmail cik Addah yang menyebabkan cik Addah tidak boleh 'log in' blog cik Addah. T___T..sob..sob..

Ok,ok...hentikan semua tangisan palsu itu,

Mari cik Addah ceritakan kisah yang berkaitan dengan tajuk di atas..

Apakah yang kamu semua fikir mengenai tajuk di atas?

Ya! tepat sekali...(tidak ada hadiah harap maklum)

Hari ahad yang lalu ,cik Addah telah menyertai rakan-rakan untuk membuat persembahan puisi dra untuk MALAM CAKNA UMAT.

Macam mana cik Addah boleh terlibat?

cik Addah terlibat apabila seorang dari kawan cik Addah,Khalilah yang sama-sama menjayakan malam penutupan Umast-go dengan sebuah puisi dra yang mengayat hati, mengajak cik Addah menyertai kumpulan mereka dan meminta cik Addah menjadi orang yang melihat perjalanan puisi dan lakonan yang sesuai dilakonkan untuk puisi yang mereka pilih.Oleh kerana,cik Addah memang mahukan pengalaman baru cik Adah pun bersetuju dengan hati yang terbuka.Kami hanya berlatih tidak sampai 3 hari sebelum persembahan,namun setiap ahli memberikan komitmen yang amat baik.Sampai hari yang ditunggu-tunggu,pukul 7 malam kami baru dapat membuat 'rehearsal" di dalam auditorium kps dan program itu berlangsung pada pukul 9 malam.Oleh kerana cik Addah yang mengendalikan bahagian susur atur prop dan pencahayaan,cik Addah terpaksa berinteraksi dengan senior-senior yang mengendalikan program tersebut.Pada mulanya cik Addah agak gementar namun lama- kelamaan perasaan itu hilang.bahagian yang paling menyeronokkan sekali! pencahayaan yang ada di dalam auditorium amat sukar dikawal,kerana ia dikawal secara manual dan pemandangan daripada tempat kawalan itu amat terhad menyukarkan pandangan pengendali untuk melihat keseluruhan pentas .Oleh itu cik Addah mengambil keputusan untuk mengawal pencahayaan itu dengan sendiri.Sesungguhnya pengakuan yang jujur dari cik Addah,badan cik Addah mengeletar sepanjang persembahan mereka berlangsung dan cik Addah nak minta maaf sangat dekat mereka kerana tidak dapat mengawal pencahayaan itu dengan baik.Namun,cik Addah tidak berasa kecewa kerana persembahan mereka yang amat baik , cik Addah telah memberikan semampu yang boleh,dapat pengalaman yang baru dan mengenali kawan-kawan yang amat baik.^___^.



Apa yang cik Addah nak tekankan dekat sini ialah apabila kita sudah buat yang terbaik namun tidak berjaya,believe me actually you gain something that more value than you want to achieve.




No comments:

Post a Comment