Assalmmualaikum dan salam sejahtera semua...
Yeahh! masa bercuti sudah pun tiba,ada sesetengah kawan sudah merancang pergi melancong dengan keluarga masing-masing,ada yang akan menolong ibu bapanya di rumah dan ada yang akan berkerja.
Ok!cik Addah termasuk dalam kumpulan yang ke-3..hahahaha..sebab daripada cik Addah duduk rumah untuk membesarkan badan yang sedia sudah besar.. baik cari kerjakan nanti dengan gaji itu cik Addah boleh guna untuk belajar. ^___^. orang selalu tanya dekat cik Addah berbaloi ke kerja hanya 2 bulan dengan tidak ada masa untuk berseronok.
Jawapannya
YA!amat berbaloi...masa kita tidak terbuang macam itu saja,banyak pengalaman..pahit manis semua ada yang buat kita lagi matang daripada orang lain,yang paling bermakna cik Addah akan lebih menghargai duit mahu pun barang yang kita dapat bila cik Addah tahu bertapa susahnya ibu bapa kita mencari duit.
Oh!ya..setakat ini cik Addah masih mencari kerja jadi masa yang ada cik Addah tolong abah tanam jagung dan bermain dengan arnab-arnab dan kucing kesayangan keluarga kami..heee.
Share something with others make you realize how importance and blissful of your life...~layan ..
Sunday, 30 June 2013
Sunday, 23 June 2013
Renungan bersama..
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua,
Hati manusia ini terlalu rumit sampai kita tidak boleh nak jangka, termasuklah hati kita jugak. Kekadang kita tahu apa kita nak, kekadang tidak .Kerana Allah sahaja yang lebih mengetahui apa didalam hati kita mahupun orang lain.Oleh itu jagalah hubungan kita dengan Allah,In sha Allah hubungan kita dengan manusia akan diberkati.
bagaimana kita nak jaga hubungan kita dengan orang lain??
"Treat others the way you want to be treated" -GOLDEN RULE
(cara kita bercakap, cara kita layan dan paling penting adalah kita kenalah mudah memaafkan/meminta maaf, mudah berterima kasih.
kenapa kita perlu mudah minta maaf?
Allah tahu hati siapa ikhlas untuk menyesali kesalahan dirinya nescaya Allah akan permudahkan perjalanan hidup kita dengan meminta maaf kemungkinan besar orang yang kita terbuat salah itu akan terbuka hatinya.
kenapa kita perlu mudah memaafkan?
Dosa dengan Allah,jikalau kita bertaubat dengan ikhlas Allah akan ampunkan walaupun dosa kita terlalu banyak, In shaa Allah. Dosa sesama manusia? Kalau betul-betul kita terasa hati dan tidak mahu memaafkan seseorang itu. Berfikirlah sejenak,Allah yang Maha Agung akan mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat,jikalau nak dibandingkan dengan kita...siapalah kita,hamba kepada Pencipta Alam Semesta hendak menghukum kesalahan orang lain??
Kenapa kita perlu berterima kasih?
Berterima kasih? Kekadang bukan tentang orang yang menolong kita berkira tapi setiap manusia, suka bila dihargai ,rasa berguna dan mempunyai peranan di atas muka bumi ini. Seberat mana pun seseorang menolong kita ,dengan ucapan "terima kasih." sudah mengcukupi untuk rasa dihargai.In shaa Allah akan muncul perasaan ikhlas dalam diri seseorang itu dalam menolong kita,
Tapi ingat kalau mudah berterima kasih dekat manusia pun tidak berguna kalau kita tidak tahu bersyukur..
" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.
Jadi berdoalah kepada Tuhan. Jagalah hati kita, hati ibu bapa kita dan hati semua para saudara seislam kita . Ins haa Allah, DIA akan pemudahkan segala urusan atau niat kita dalam kehidupan.
Tahniah kepada yang sudah bercuti dan selamat berjuang kepada yang masih belum habis exam (kita serupa..^__^ )
Saturday, 15 June 2013
UNSPOKEN TEACHER..
Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,
yeah,sebenarnya Cik Addah simpan entri ini lama sangat dalam draft.
Sebab cik Addah tidak tahu macam mana nak menunjukkan perasaan cik Addah yang sebenar dengan kata-kata..
Semester ini ,banyak sangat pengalaman yang berharga untuk Cik Addah salah satunya ialah kerja lapangan Hubungan Etnik. Untuk kerja lapangan ini kumpulan kami telah memilih tajuk "Perpaduan: daripada sudut yang istemewa." Oleh itu kami telah pergi ke sebuah rumah orang-orang yang mengalami down syndrome.Untuk melihat apakah nilai perpaduan dalam diri mereka yang kita patut pelajari.
Apabila sampai di rumah tersebut,serius Cik Addah amat takut kerana mereka amat hyperaktif,sehingga Cik Addah menyorok dibelakang seorang kawan cik Addah..hahahah..ok lawak.
Namun ,berbezanya dengan kami,mereka sambut kami dengan baik sambil menghulurkan tangan.
Memang saat itu,baru cik Addah sedar,"Oh! patutnya kami yang sempurna dari segi akal inilah sepatutnya menunjukkan sikap macam itu kepada mereka".
Selepas beberapa ketika,kami menjadi mesra dengan mereka kerana sikap mereka kepada kami,serius walaupun mereka terbatas daripada komunikasi lisan.Banyak yang kami telah berlajar daripada mereka.
Apabila bersama mereka semua masalah akan hilang dan memang menyeronokan.
Kesimpulannya sebenarnya kita sebagai yang sempurna daripada segi akal dan anggota patut menghargai y orang yang kekurangan bukannya mencaci mereka kerana mereka akan mengajar kita banyak perkara dan nilai yang perlu ada dalam kehidupan.Jangan lupa bersyukur juga ya!! ^___^
Tuesday, 11 June 2013
Final Exam
Assalammualaikum dan Selamat sejahtera semua...
Yeah!!Minggu peperiksaan sudah pun tiba...
Apa lagi study..study...Jom join cik Addah Study...
Ha! yang asyik dok layan cerita tu,meyh pergi library study untuk exam. ^_____^
Ok,boleh dikatakan keputusan semester satu amat mengecewakan..tetapi tidak mengapa,Cik Addah masih boleh buat yang terbaik untuk kali ini..
Oh ya!! kawan-kawan persejuangan sekalian,Selamat berjaya kepada kamu semua!!
Dean List target kami,In shaa Allah kalau ada rezekikan kawan-kawan?
Do your best!!
Tuesday, 4 June 2013
When we give our best we deserve for the best
Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua..
Pejam celik..Pejam celik..minggu ini adalah 'study week before Cik Addah will sit for the final exam Sem 2 ' Cewah..'speaking' pulak Cik Addah ini..
Nak dijadikan cerita Sem 2 ini Cik Addah pulun habis subjek Universiti dan bahagian yang paling bagusnya semuanya subjek Universiti memerlukan Cik Addah dalam kumpulan untuk membuat kerja kursus bagi setiap subjek tersebut..
Oleh itu, Cik Addah bersyukur sangat kerana dapat menyempurnakan semua tugasan yang diberikan bersama ahli kumpulan yang lain.Walaupun,ia kekadangnya sukar..kekadang ia memakan masa dan hasilnya tidak memberi kepuasan.Namun apabila kita tidak berhenti ditengah jalan dan terus berusaha sehingga saat yang terakhir.Kepuasan itu datang dengan sendirinya kerana ia amat berbaloi dan kita tidak akan kecewa dengan apa yang kita telah berikan.
Akhir sekali,Alhamdulillah kesemua kerja kursus yang dibentangkan oleh kumpulan yang Cik Addah sertai mendapat pujian daripada semua pensyarah kami.
*credit to group members thank a lots..
ok ini adalah di antara group yang cik Addah 'join'
GROUP Titas*Ira,Mun n Ila |
GROUP Titas *Ah n Anez |
GROUP BI *Naqiuddin n Harries |
Tajuk kerja kursus kami:
He: Perpaduan:daripada perspektif yang istimewa.
Titas: Tahap Keperihatinan rakyat Malaysia sekitar KL.
BI:World of CHimpanzee.
Group He *Zul,Hakim,Chi peng,Keda,Mimi n Cik Addah |
Subscribe to:
Posts (Atom)