Sunday, 30 June 2013

Cuti semester sudah datang...

Assalmmualaikum dan salam sejahtera semua...

Yeahh! masa bercuti sudah pun tiba,ada sesetengah kawan sudah merancang pergi melancong dengan keluarga masing-masing,ada yang akan menolong ibu bapanya di rumah dan ada yang akan berkerja.

Ok!cik Addah termasuk dalam kumpulan yang ke-3..hahahaha..sebab daripada cik Addah duduk rumah untuk membesarkan badan yang sedia sudah besar.. baik cari kerjakan nanti dengan gaji itu cik Addah boleh guna untuk belajar. ^___^. orang selalu tanya dekat cik Addah berbaloi ke kerja hanya 2 bulan dengan tidak ada masa untuk berseronok.

Jawapannya

YA!amat berbaloi...masa kita tidak terbuang macam itu saja,banyak pengalaman..pahit manis semua ada yang buat kita lagi matang daripada orang lain,yang paling bermakna cik Addah akan lebih menghargai duit mahu pun barang yang kita dapat bila cik Addah tahu bertapa susahnya ibu bapa kita mencari duit.

Oh!ya..setakat ini cik Addah masih mencari kerja jadi masa yang ada cik Addah tolong abah tanam jagung dan bermain dengan arnab-arnab dan kucing kesayangan keluarga kami..heee.










No comments:

Post a Comment