Assalammualaikum dan Salam sejahtera...
khabar angin?
kenapa cik Addah tulis post ini kerana pengalaman,semenjak cik Addah menjalani kehidupan selama setahun sebagai pelajar di universiti.ia banyak mematangkan cik Addah.Salah satu yang cik Addah sedih ialah khabar angin yang selalu diperkatakan betul dan diterima bulat-bulat oleh masyarakat kita tanpa usul periksa dan hanya mendengar penerangan sebelah pihak sahaja dan terus menghukum mereka.
Adakah,hanya kerana ianya tersebar luas ianya betul?adakah kamu berada sekali ketika ianya berlaku,adakah kamu mengalaminya sendiri?adakah ia sumber yang sahih?adakah ianya releven? kalau anda menyebarkannya adakah memberi impact yang teruk kepada orang keliling anda mahupun orang yang terlibat?adakah anda akan mengaibkan orang lain?
terfikirkah anda seketika mengenai semua persoalan diatas sebelum menghukum dan menyebarkan berita tersebut?Jadi tolonglah berfikir sejenak.
Nasihat vs Desakan??
Berdasarkan pengalaman cik Addah sendiri,cik Addah banyak kali didesak untuk menukar pendapat cik Addah dengan alasan menasihati sesama saudara.Kamu semua menasihati dan mendesak merupakan
perkara yang terlalu berbeza.jadi,Tolonglah pandai membezakannya. Lagipun tak salah kalau kamu ingin menasihati namun ada caranya,bukannya dengan mengunakan ayat penyata yang menyakitkan namun cubalah mengunakan pendekatan yang lebih baik.Lagipun,bagi cik Addah tidak salah kita menghormati pandangan dan pendapat orang lain yang berlainan dengan kita tanpa berfikiran buruk mengenai mereka.
Serius,dengan pendekatan yang teruk dari kamu perasaan hormat terhadap kamu akan semakin kurang.
Bagi umat Islam tengoklah video ini.
Salam Ramadan, satu perkongsian yang amat baik terutamanya dalam dunia teknologi maklumat kini di mana maklumat boleh diperolehi dengan pantas & kita semua sememangnya akan mengambil maklumat tanpa asal usul periksa. May Allah gives us the guidance & strength to distinguish between what is right and hat is wrong. InsyaAllah.
ReplyDeleteSalam,abang mirul..terima kasih atas sokongan abang mirul.:)
ReplyDelete