Friday, 19 July 2013

Ijazah Jalanan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, ^__^

Hari ini hari yang ke- 12 cik Addah berkerja  dekat pizza hut,Yeah! penat memang penat,terutamanya masa berbuka puasa,Namun ia tetap menyeronokkan..

Ijazah Jalanan?Apa itu Ijazah Jalanan?

Hahaha..cik Addah pun baru pertama kali dengar istilah itu,Ijazah Jalanan bermaksud pengalaman.
Pelikkan? Namun apa yang cik Addah faham daripada penerangan kawan cik Addah,istilah Ijazah Jalanan ini muncul sebab pengalaman itu tidak memerlukan pendidikan yang formal,lagi pun kekadang ia tidak memerlukan seseorang itu mengeluarkan wang malah kekadang kita tidak memerlukan guru yang diiktirafkan sebagai guru.Tambahan pula,dalam mencari pengalaman, kita yang tentukan apa yang kita hendak pelajari.

contohnya:adakah  kita ingin berlajar daripada kesilapan kita dan orang lain? adakah kita hanya mahu mengetahui cara membuat pizza sahaja ataupun kita ingin tahu bagaimana cara untuk menghandle restoran pizza hut.

konklusinya,Ijazah Jalanan tidak mempunyai bahagian mahupun bab yang melimitkan pembelajaran kita,dan ia tidak ditentukan oleh orang lain seperti Ijazah yang diiktiraf.Oleh itu,kawan cik Addah selalu cakap dekat cik Addah,"ijazah jalanan lagi penting daripada ijazah tulen,tetapi ijazah tulen adalah salah satu kunci untuk berjaya,macam bonuslah"



Saturday, 13 July 2013

Pandangan seorang makhluk Allah

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

khabar angin?

kenapa cik Addah tulis post ini kerana pengalaman,semenjak cik Addah menjalani kehidupan selama setahun sebagai pelajar di universiti.ia banyak mematangkan cik Addah.Salah satu yang cik Addah sedih ialah khabar angin yang selalu diperkatakan betul dan diterima bulat-bulat oleh masyarakat kita tanpa usul periksa dan hanya mendengar penerangan sebelah pihak sahaja dan terus menghukum mereka.

Adakah,hanya kerana ianya tersebar luas ianya betul?adakah kamu berada sekali ketika ianya berlaku,adakah kamu mengalaminya sendiri?adakah ia sumber yang sahih?adakah ianya releven? kalau anda menyebarkannya adakah memberi impact yang teruk kepada orang keliling anda mahupun orang yang terlibat?adakah anda akan mengaibkan orang lain?

terfikirkah anda seketika mengenai semua persoalan diatas sebelum menghukum dan menyebarkan berita tersebut?Jadi tolonglah berfikir sejenak.



Nasihat vs Desakan??


Berdasarkan pengalaman cik Addah sendiri,cik Addah banyak kali didesak untuk menukar pendapat cik Addah dengan alasan menasihati sesama saudara.Kamu semua menasihati dan mendesak merupakan
perkara yang terlalu berbeza.jadi,Tolonglah pandai membezakannya. Lagipun tak salah kalau kamu ingin menasihati namun ada caranya,bukannya dengan mengunakan ayat penyata yang menyakitkan namun  cubalah mengunakan pendekatan yang lebih baik.Lagipun,bagi cik Addah tidak salah kita menghormati pandangan dan pendapat orang lain yang berlainan dengan kita tanpa berfikiran buruk mengenai mereka.
Serius,dengan pendekatan yang teruk dari kamu perasaan hormat terhadap kamu akan semakin kurang.

Bagi umat Islam tengoklah video ini.