Saturday, 16 November 2013

Taman Botani dan Icity Shah Alam

Salam dan selamat sejahtera semua,

cik Addah harap korang sihat sejahtera,sebab sejak dua menjak ni,cuaca memang x menentukan.
p/s jadi jagalah diri anda semua ya.

Minggu lepas, cik Addah pergi Taman Botani untuk berbasikal dan piknik.Well,sebenarnya nak bersukan nak kuruskan badan katakan,kita orang bertolak dalam 8.30 pagi dan sampai dekat sana dalam pukul 10 pagi.amat menarik. Cik Addah paling excited nak masuk rumah 4 musim tapi hari itu tutuplah pula..:(

Namun permandangan dekat sana memang cantik..^___^

Selepas sahaja balik dari Taman Botani,kami pergi ke Icity.Well excited memang ada sebab baru pertama kali pergi dan kami masuk House of Horror..orang lain menjerit kami pula, gelak siap patah balik dan snap gambar.nak upload kat sini memang xbolehlah nanti ada yang mimpi buruk pula.

Wednesday, 6 November 2013

Saya sayang Dia.

Assalammualaikum dan salam sejahtera..

Dalam hidup kita mesti akan ada seseorang yang amat 'special'  kan?

Yes!dalam hidup cik Addah pun ada juga,Dia merupakan insan yang amat penting dalam hidup cik adah selain keluarga cik Addah.. kami satu kelas masa darjah 6 namun hanya tahu kewujudan msing2 tanpa mengambil kisah pun,masuk je tingkatan satu,cik Addah merantau dari kelas A minta tukar kelas B tetapi xdapat terpaksa masuk kelas C masuk je kelas C tukar masuk kelas B pula...  masa itu barulah berkenalan dengan Dia.Kitaorang menjadi semakin rapat apabila kami terpilih menjadi pengawas.

Sepanjang hubungan, cik Addah dan Dia hanya 20 minit sahaja kami bergaduh xbertegur sapa lepas itu dua-dua mengaku bersalah bagai dan terima kasih dekat dia kerana sanggup ajar dan jaga Cik Addah masa cik Addah masih berperangai macam budak tadika,yela boleh dikatakan dengan Dia, cik Addah manja sangat2 sampai order makanan pun nak dia orderkan.^__^.*sekarang sudah matang ..

kita orang memang berbeza,Dia suka ular cik Addah suka rabbit...Dia suka cerita seram cik Addah suka cerita yang lawak dan comel..boleh dikatakan kami lebih banyak perbezaan daripada  persamaan..tetapi dengan perbezaan tu kami boleh pertahankan hubungan persahabatan kami selama 8 tahun.Yes! persahabatan ok bukannya percintaan bagai..Namun,biasalah disebabkan keakraban kami kekadang selalu disalah tafsirkan sebagai hubungan terlarang,hahahaha,dugaan..

Dia yang dimaksudkan adalah Nur Natasha Shafiqa a.k.a Tasha(Misaki),yang sangat suka kenakan cik Addah dan orang yang amat memahami cik Addah ketika cik Addah dalam kesulitan.Jadi cik Addah memang nak semat dalam nukilan ini untuk cakao cik Addah sayangkan Dia.


*Biarlah beribu orang membencimu,teguhkanlah jiwa mu kerana kamu tahu masih ada orang yang berdiri dibelakangmu untuk membantu.


p/s :hargailah sahabat yang sejati sebelum kita kehilangannya






.

Saturday, 28 September 2013

Penjuru 4 Karma & Hari interaksi bersama junior fizik..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua..

Teater:Penjuru 4 Karma.

seriuosly,teater ini memang 'superd',memang tak menyesal jalan kaki sampai panggung eksperimen malam-malam untuk tengok teater ni.Cik Addah memang berterima kasih sangat dekat mariam dan faiz yang sanggup teman tengok teater ni. memang best sangat dapat pengalaman baru malam itu.




Hari interaksi bersama junior fizik.

Fuh!untuk pertama kalinya "physic department" buat interaction day.Idea ini adalah idea last minute oleh pelajar second year (batch cik Addah). Even idea dan persiapan yang last minute alhamdullilah apa yang dirancangkan menjadi. Pada hari, "interaction day" memang amat menyeronokkan,dari awal hingga akhir memang kami tak kering gusi dibuatnya walaupun terdapat serba sedikit kekurangan ia tak menjadi masalah untuk kami dan paling besh sekali semua yang terlibat memang memberikan komitmen.Tahniah kepada semua MT dan Ajk bagi projek ini!





  
 



Saturday, 21 September 2013

1st year versus 2nd year..

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Alhamdullilah,sudah 2 minggu saya jadi 2nd year student,memang terlalu berbeza berbanding masa first year dahulu.

Yela,mana tak berbeza nya,first day class dah kena study,Fuhh!!! siap ditanya lagi...
bila ditanya tu jantung memang berdebar macam artis kena buat persembahan gitu..
hahaha..tapi memang agak menyeronokkan sebab pembelajaran jadi 2 way communication.

Owh!ya..paling yang berbezanya lagi antara first year lab n second year ialah  lab..memang berbeza sangat.

kalau first year lab, lab manual sudah dapat awal2 jadi senanglah nak prepare sebelum masuk lab dan lab manual tu memang baru punya version jadi amat senang untuk di fahami.

Second year lab pula,dapat bila nak buat experiment baru manual diberikan dan manual agak lama punya jadi agak sukar untuk memahami.jadi boleh dikatakan first time dalam sejarah sebagai pelajar buat experiment yang tak dapat langsung result dari 10 pagi sampai 5 petang.

Penat memang penat,tapi bila di fikirkan balik memanglah semakin tinggi pelajaran yang kita nak capai makin susah,walau awak tahu
theory macam mana pun belum tentu dapat applykan apa yang dia tahu secara praktikal dan baru tahu macam mana susahnya sainstis dahulu nak mengkaji sesuatu.

Saturday, 31 August 2013

pengajaran terakhir di pizza hut

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,

Akhirnya,berakhirlah episod mengenai pizza hut dalam diari harian cik Addah..Yeah!xperlu hidup macam zombie dah!

Cewah,cewah..serius memang kehidupan sebagai perkerja memang xsemudah sebagai seorang pelajar. Jadi hari ini cik Addah nak ceritakan pengajaran yang terakhir cik Addah berlajar daripada tempat cik Addah berkerja.

Sebagai seorang ketua kita kenalah

1.menghormati anak buah kita.macam mana kita nak orang hormat kita kalau kita xhormat orang bukan?

2 terus mempelajari benda yang baru.bukannya..owh!ak sudah jadi manager buat apa aku nak kena belajar benda remeh macam itu?

3.mempunyai perasaan belas kasihan. cuba fikir sejenak kalau kamu sebagai ahli kumpulan dan kamu terpaksa buat kerja sorang2 manakala ketua kamu hanya memandang dan buat tidak tahu apakah perasaan kamu?.

4.tidak mengata yang bukan2 mengenai ahli kumpulan kamu kepada orang lain kerana orang lain akan melihat kamu sebagai titik rujukan yang patut disalahkan akhirnya.

5.perlu membiasakan diri dengan persekitaran baru dengan cepat.

dan..yang last sekali yang cik Addah dapat yela,first impression memang memberi makna mendalam,but ia xakan kekal lama.. yang kekal lama adalah attitude kita untuk orang judge.

p/s:sebelum cik Addah berhenti cik Addah dapat best BOH staff..feeling so great..






Saturday, 24 August 2013

adakah saya pengkianat?


saya bukanlah pengkianat agama ,saya bukanlah pengadai bangsa..saya hanya mempelajari,menghormati dan memahami bangsa dan agama yang berlainan daripada agama dan bangsa saya itu sahaja.

Namun apa yang saya dapat daripada kelakuan saya itu hanyalah persoalan, sindiran dan kenyataan yang amat menyakitkan.

"Alah,agama sendiri pun susah nak jaga inikan nak belajar agama lain."
"kalau kau nak belajar susah takut murtad"
"kau masuk kuil,tokong,dan gereja untuk apa?"
"kau berlajar semua itu untuk apa?"
"budaya mereka bertentangan dengan budaya kita buat apa nak berlajar?"
"jangan menangkan bangsa lain sampai bangsa sendiri tergadai"

Jawapan dari saya: 

Apabila saya berlajar dan mengetahui agama lain lagi saya nampak sungguh sempurna nya agama yang saya anuti ini.Malahan daripada itu saya dapat lihat apa perbezaan dan persamaan mereka.saya berlajar semua ini sebab saya ingin memahami ,dengan memahami barulah saya dapat menjaga tata tertib apabila berbicara mengenai agama mereka dan menghormati agama mereka.bertentangan budaya sahaja bukan bertentangan dari segi ajaran agama saya.Saya berlajar kerana negara kita yang majmuk ini.kita ingin orang hormat agama dan budaya kita jadi mengapa kita tidak mulakan dengan menghormati agama mereka terlebih dahulu?


Oleh itu saya amat lantang bersuara apabila orang yang mengeluarkan kenyataan yang agak 'racist'.
jangan hanya kerana nila setitik habis rosak susu sebelanga.'Rambut hitam hati lain-lain".hampir semua budaya dan agama menekankan nilai murni.jadi yang bersalah adalah manusia tersebut bukan agama mahupun bangsa.

"when i do a mistake blame on me not my religion"

kesimpulannya,apabila saya menegakkan dan mencari keadilan untuk orang yang berlainan fahaman daripada saya bukanlah kerana saya pengkianat namun kerana adalah manusia yang cuba memahami dan menghormati.:)

 





Saturday, 10 August 2013

Hari raya paling meriah

Assalammualaikum dan Salam sejahtera semua..^_____^

Selamat menyambut hari raya Aidilfitri (sahaja nak ucap even sudah terlambat)..

Peace...^____^.
Raya tahun ini memang gembira sangat-sangat ,walaupun tidak dapat pulang ke kampung untuk menyambut raya seperti kawan-kawan lain dan terpaksa berkerja semasa hari raya,cik Addah bersyukur sangat dapat sambut dengan keluarga tersayang dan rakan-rakan cik Addah.

Pada hari raya pertama,serius memang berat hati nak bersiap untuk pergi kerja apabila melihat keluarga sedang bersiap untuk ke masjid tunaikan solat raya.Tetapi nak buat macam manakan..cik Addah masih ada tanggungjawab nak dilaksanakan..cewah..mentang-mentang xada staf opening bolehlah cakap..hee.

but ,Alhamdullilah..even thought firstly it so sad at the end its turn out to be a great" Hari raya" for me...

















Selepas balik daripada kerja cik Addah beraya dengan family pula...memang best sebab first time familly kami betul-betul lengkap,dan kami ambil gambar family bersama-sama..:)

harap sangat keluarga kami tetap akan harmoni seperti sekarang..Amin.









Monday, 5 August 2013

Kenangan Sebelum raya

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua,
 

STAF MEETING



Fuh...!! kerja memang memenatkan..jadi hargailah ibu bapa kamu semua yang keluar mencari rezeki untuk kamu semua ya..namun bila dapat gaji...Alhamdullilah...

                                                                                                                     nak dijadikan cerita disebabkan kekurangan perkerja pizza hut setia alam dapat kenaikan gaji..jadi staf meeting untuk memberitahu berita gembira tersebut dan berita penting yang lain.  telah diadakan selepas restoran tutup..:)





 Persiapan Raya...

Dua hari lagi sudah hendak beraya semuanya sibuk dengan persiapan raya..Bulan Ramadhan pula akan melabuhkan tirainya..tetapi untuk entri kali ini,cik Addah rasa lambat lagi nak cakap ucap selamat hari raya.Tunggulah hari raya pertama baru cik Addah akan ucap ya...^___^.

Yeah!tahun ini mamie dengan abah memang bersemangat dengan persiapan raya(tahun ini family kami lengkap untuk meraikan hari raya bersama-sama memang bersemangat)..jadi apa lagi!! bila mamie dan abah bersemangat,kami adik beradik lagi bersemangat...siap satu rumah dicatnya dalam masa sehari. tererkan kami? ^___^

p/s:hari raya cik Addah tetap akan berkerja ...

Friday, 19 July 2013

Ijazah Jalanan

Assalammualaikum dan selamat sejahtera semua, ^__^

Hari ini hari yang ke- 12 cik Addah berkerja  dekat pizza hut,Yeah! penat memang penat,terutamanya masa berbuka puasa,Namun ia tetap menyeronokkan..

Ijazah Jalanan?Apa itu Ijazah Jalanan?

Hahaha..cik Addah pun baru pertama kali dengar istilah itu,Ijazah Jalanan bermaksud pengalaman.
Pelikkan? Namun apa yang cik Addah faham daripada penerangan kawan cik Addah,istilah Ijazah Jalanan ini muncul sebab pengalaman itu tidak memerlukan pendidikan yang formal,lagi pun kekadang ia tidak memerlukan seseorang itu mengeluarkan wang malah kekadang kita tidak memerlukan guru yang diiktirafkan sebagai guru.Tambahan pula,dalam mencari pengalaman, kita yang tentukan apa yang kita hendak pelajari.

contohnya:adakah  kita ingin berlajar daripada kesilapan kita dan orang lain? adakah kita hanya mahu mengetahui cara membuat pizza sahaja ataupun kita ingin tahu bagaimana cara untuk menghandle restoran pizza hut.

konklusinya,Ijazah Jalanan tidak mempunyai bahagian mahupun bab yang melimitkan pembelajaran kita,dan ia tidak ditentukan oleh orang lain seperti Ijazah yang diiktiraf.Oleh itu,kawan cik Addah selalu cakap dekat cik Addah,"ijazah jalanan lagi penting daripada ijazah tulen,tetapi ijazah tulen adalah salah satu kunci untuk berjaya,macam bonuslah"



Saturday, 13 July 2013

Pandangan seorang makhluk Allah

Assalammualaikum dan Salam sejahtera...

khabar angin?

kenapa cik Addah tulis post ini kerana pengalaman,semenjak cik Addah menjalani kehidupan selama setahun sebagai pelajar di universiti.ia banyak mematangkan cik Addah.Salah satu yang cik Addah sedih ialah khabar angin yang selalu diperkatakan betul dan diterima bulat-bulat oleh masyarakat kita tanpa usul periksa dan hanya mendengar penerangan sebelah pihak sahaja dan terus menghukum mereka.

Adakah,hanya kerana ianya tersebar luas ianya betul?adakah kamu berada sekali ketika ianya berlaku,adakah kamu mengalaminya sendiri?adakah ia sumber yang sahih?adakah ianya releven? kalau anda menyebarkannya adakah memberi impact yang teruk kepada orang keliling anda mahupun orang yang terlibat?adakah anda akan mengaibkan orang lain?

terfikirkah anda seketika mengenai semua persoalan diatas sebelum menghukum dan menyebarkan berita tersebut?Jadi tolonglah berfikir sejenak.



Nasihat vs Desakan??


Berdasarkan pengalaman cik Addah sendiri,cik Addah banyak kali didesak untuk menukar pendapat cik Addah dengan alasan menasihati sesama saudara.Kamu semua menasihati dan mendesak merupakan
perkara yang terlalu berbeza.jadi,Tolonglah pandai membezakannya. Lagipun tak salah kalau kamu ingin menasihati namun ada caranya,bukannya dengan mengunakan ayat penyata yang menyakitkan namun  cubalah mengunakan pendekatan yang lebih baik.Lagipun,bagi cik Addah tidak salah kita menghormati pandangan dan pendapat orang lain yang berlainan dengan kita tanpa berfikiran buruk mengenai mereka.
Serius,dengan pendekatan yang teruk dari kamu perasaan hormat terhadap kamu akan semakin kurang.

Bagi umat Islam tengoklah video ini.






Sunday, 30 June 2013

Cuti semester sudah datang...

Assalmmualaikum dan salam sejahtera semua...

Yeahh! masa bercuti sudah pun tiba,ada sesetengah kawan sudah merancang pergi melancong dengan keluarga masing-masing,ada yang akan menolong ibu bapanya di rumah dan ada yang akan berkerja.

Ok!cik Addah termasuk dalam kumpulan yang ke-3..hahahaha..sebab daripada cik Addah duduk rumah untuk membesarkan badan yang sedia sudah besar.. baik cari kerjakan nanti dengan gaji itu cik Addah boleh guna untuk belajar. ^___^. orang selalu tanya dekat cik Addah berbaloi ke kerja hanya 2 bulan dengan tidak ada masa untuk berseronok.

Jawapannya

YA!amat berbaloi...masa kita tidak terbuang macam itu saja,banyak pengalaman..pahit manis semua ada yang buat kita lagi matang daripada orang lain,yang paling bermakna cik Addah akan lebih menghargai duit mahu pun barang yang kita dapat bila cik Addah tahu bertapa susahnya ibu bapa kita mencari duit.

Oh!ya..setakat ini cik Addah masih mencari kerja jadi masa yang ada cik Addah tolong abah tanam jagung dan bermain dengan arnab-arnab dan kucing kesayangan keluarga kami..heee.










Sunday, 23 June 2013

Renungan bersama..

Assalammualaikum dan Selamat Sejahtera semua,

Hati manusia ini terlalu rumit sampai kita tidak boleh nak jangka, termasuklah hati kita jugak. Kekadang kita tahu apa kita nak, kekadang tidak .Kerana Allah sahaja yang lebih mengetahui apa didalam hati kita mahupun orang lain.Oleh itu jagalah hubungan kita dengan Allah,In sha Allah hubungan kita dengan manusia akan diberkati.

bagaimana kita nak jaga hubungan kita dengan orang lain??

"Treat others the way you want to be treated" -GOLDEN RULE

(cara kita bercakap, cara kita layan dan paling penting adalah kita kenalah mudah memaafkan/meminta maaf, mudah berterima kasih.  

 kenapa kita perlu mudah minta maaf?

Allah tahu hati siapa ikhlas untuk menyesali kesalahan dirinya nescaya Allah akan permudahkan perjalanan hidup kita dengan meminta maaf kemungkinan besar orang yang kita terbuat salah itu akan terbuka hatinya.

kenapa kita perlu mudah memaafkan?

Dosa dengan Allah,jikalau kita bertaubat dengan ikhlas Allah akan ampunkan walaupun dosa kita terlalu banyak, In shaa Allah. Dosa sesama manusia? Kalau betul-betul  kita terasa hati dan tidak mahu memaafkan seseorang itu. Berfikirlah sejenak,Allah yang Maha Agung akan mengampunkan hamba-hambaNya yang bertaubat,jikalau nak dibandingkan dengan kita...siapalah kita,hamba kepada Pencipta Alam Semesta hendak menghukum kesalahan orang lain??


Kenapa kita perlu berterima kasih?


Berterima kasih? Kekadang bukan tentang orang yang menolong kita berkira tapi setiap manusia, suka bila dihargai ,rasa berguna dan mempunyai peranan di atas muka bumi ini.  Seberat mana pun seseorang menolong kita ,dengan ucapan "terima kasih." sudah mengcukupi untuk rasa dihargai.In shaa Allah akan muncul perasaan ikhlas dalam diri seseorang itu dalam menolong kita,

Tapi ingat kalau mudah berterima kasih dekat manusia pun tidak berguna kalau kita tidak tahu bersyukur..

" How wonderful is the case of the believer ( orang2 yang beriman). There is good for them in everything and this applies only to a believer. If prosperities ( good thing) attends him, he expresses gratitude (grateful) to Allah and that is good for him. And if adversityn(bad thing) befalss him, he endures (face,handle) it patiently and that is better for him." - Riwayat Muslim.


Jadi berdoalah kepada Tuhan. Jagalah hati kita, hati ibu bapa kita dan hati semua para saudara seislam kita . Ins haa Allah, DIA akan pemudahkan segala urusan atau niat kita dalam kehidupan.


Tahniah kepada yang sudah bercuti dan selamat berjuang kepada yang masih belum habis exam  (kita serupa..^__^ )


Saturday, 15 June 2013

UNSPOKEN TEACHER..


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera,


yeah,sebenarnya Cik Addah simpan entri ini lama sangat dalam draft.

Sebab cik Addah tidak tahu macam mana nak menunjukkan perasaan cik Addah yang sebenar dengan kata-kata..

Semester ini ,banyak sangat pengalaman yang berharga untuk Cik Addah salah satunya ialah kerja lapangan Hubungan Etnik. Untuk kerja lapangan ini kumpulan kami telah memilih tajuk "Perpaduan: daripada sudut yang istemewa." Oleh itu kami telah pergi ke sebuah rumah orang-orang yang mengalami down syndrome.Untuk melihat apakah nilai perpaduan dalam diri mereka yang kita patut  pelajari.

Apabila sampai di rumah tersebut,serius Cik Addah amat takut kerana mereka amat hyperaktif,sehingga Cik Addah menyorok dibelakang seorang kawan cik Addah..hahahah..ok lawak.
Namun ,berbezanya dengan kami,mereka sambut kami dengan baik sambil menghulurkan tangan.

Memang saat itu,baru cik Addah sedar,"Oh! patutnya kami yang sempurna dari segi akal inilah sepatutnya menunjukkan sikap macam itu kepada mereka".

Selepas beberapa ketika,kami menjadi mesra dengan mereka kerana sikap mereka kepada kami,serius walaupun mereka terbatas daripada komunikasi lisan.Banyak yang kami telah berlajar daripada mereka.
Apabila bersama mereka semua masalah akan hilang dan memang menyeronokan.


               
Kesimpulannya sebenarnya kita sebagai yang sempurna daripada segi akal dan anggota patut menghargai y orang yang kekurangan bukannya mencaci mereka kerana mereka akan mengajar kita banyak perkara dan nilai yang perlu ada dalam kehidupan.Jangan lupa bersyukur juga ya!! ^___^





Tuesday, 11 June 2013

Final Exam


Assalammualaikum dan Selamat sejahtera semua...


Yeah!!Minggu peperiksaan sudah pun tiba...

Apa lagi study..study...Jom join cik Addah Study...

Ha! yang asyik dok layan cerita tu,meyh pergi library study untuk exam. ^_____^


Ok,boleh dikatakan keputusan semester satu amat mengecewakan..tetapi tidak mengapa,Cik Addah masih boleh buat yang terbaik untuk kali ini..

Oh ya!! kawan-kawan persejuangan sekalian,Selamat berjaya kepada kamu semua!!






Dean List target kami,In shaa Allah kalau ada rezekikan kawan-kawan?

Do your best!!